Friday 20 September 2013

Persaingan Naib Presiden UMNO - Analisis dan Kupasan


Persaingan pemilihan UMNO kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila 6 calon heavyweight akan bersaing merebut jawatan untuk 3 jawatan Naib Presiden yang akan menetukan kesinambungan UMNO untuk menghadapi cabaran pada masa kini. 3 orang Naib Presiden iaitu Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato Seri Hishammudin Tun Hussein dan  Dato Seri Shafie Apdal akan dicabar 2 bekas Naib Presiden UMNO iaitu Tan Sri Isa Samad dan Dato Seri Mohd Ali Rustam. Anak kepada Negarawan Ulung dan Bekas Presiden UMNO paling berpengaruh dalam sejarah, Dato Mukhriz Tun Mahathir juga menawarkan diri untuk merebut jawatan ke-3 paling penting dalam UMNO dalam usaha meyahut suara golongan muda untuk mentransformasikan UMNO.

Agak sukar dijangka persaingan kali ini, secara ringkasnya antara kekuatan dan halangan calon2 terbabit:

1. Mukhriz :



Beliau amat pasti menerima sokongan padu UMNO Kedah kerana kejayaan merampas semula Kedah dgn bergaya sekali, selain itu faktor Tun M juga akan membantu beliau di mana sebahagian besar penyokong Tun Mahathir amat pasti akan menyokong beliau. Dasar2 tegas dan pembaharuan2 yg dilakukan seperti rang undang2 anti-syiah serta pelbagai projek ekonomi baru di Kedah akan membantu beliau dilihat sebagai pemimpin muda paling  berpotensi.Beliau juga akan menerima sokongan golongam muda yang mahukan pemimpin2 muda berada di barisan kepimpinan tertinggi UMNO. Namun antara halangan yg akan dihadapi adalah dari puak pesaing politik tradisi beliau iaitu Khairy Jamaluddin yang akan berusaha sepenuhnya untuk menghalang kebangkitan berterusan politik beliau. Namun peluang beliau dianggap paling cerah berbanding calon2 lain berdasrakan kaji selidik undi di Internet.



2.Zahid Hamidi



Beliau mengecapi populariti mendadak selepas menjawat jawatan Menteri KDN menggantikan CKMM. Tindakan2 tegas diambil beliau menyebabkan beliau diangkat sebagai harapan baru UMNO di kala ramai orang Melayu kerajaan terlau baik dan berlembut kepad penentang2 kerajaan. Malah beliau juga adalah "internet darling" di mana menerima sokongan padu blogger2 UMNO kerana kehebatan karisma dan kekutan diri dimiliki.
Namun persoalannya, mampukah populariti beliau diterjemahkan dgn sokmongan padu pada PAU - 2013??? Namun berdasarkan keadaan semasa beliau masih antara calon popular untuk menang jika diambil kira beliau memenangi pemilihan 2009 naib preseiden dgn undi tertinggi. Jika trend tersebut beterusan ditambah populariti dikecapi sekarang peluang mengekakalkan kerusi naib presiden UMNO adalah cerah.




3. Shafie Afdal


Beliau amat pasti menerima sokongan padu UMNO Sabah. Selain itu, faktor hutang budi pada UMNO Sabah yang menyelamatkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 juga akan membantu beliau di mana kemungkinan beliau menerima sokongan sebahagian
ahli2UMNO di Semenanjung adalah positif. Namun berbanding Mukhriz dan Zahid nasib beliau masih agak sukar dipastikan.












4. CKMM@Keirsmudin@Hishammuddin



Beliau dianngap musuh awam di dunia siber oleh blogger2 UMNO disebabkan kelemahan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang membawa kepada beberapa siri demonstrasi dan penghinaan kepada Islam. Konotasi Menteri Amaran memeberikan imej buruk kepada beliau untuk memenangi jawatan naib Presiden UMNO. Namun begitu, beliau dikatakan menerima sokongan kukuh UMNO Johor yang tetap mahukan calon Johor memegang jawatan penting tersebut. Selain itu, pastinya sepupu kesayangan beliau pasti akan turut membantu menggerakkan jentera dan pengikut beliau di seluruh negara untuk memastikan satu2nya
 proksi beliau paling setia akan terus mengekalkan kuasa sebagai Naib Presiden. Ini kerana jika CKMM kalah, beliau tidak banyak pilihan selain menggugurkan jawatan beliau dari dalam kabinet seterusnya kehilangan proksi penting di dalam UMNO dan kerajaan.

5.  Isa Samad


Ketika beliau digantung jawatan dlm UMNO dahulu, ramai yang mengatakan dakwaan politik wang oleh beliau sebagai bermotif politik kerana dikatakan Pak Lah dan Khairy gentar dgn pengaruh besar beliau di akar umbi. Malah pada ketika itu, Pak Lah tidak mahu ada pengaruh Tun M yg ramai tahu beliau adalah penyokong Tun M. Namun beliau membuat "comeback terhebat dlm sejarah UMNO" apabila memenangi PRK-Bagan Pinang dan seterusnya dilantik sebagai Penerusi Felda. Dilantik sebagai Penngerusi Felda, beliau tidak mensia2 kan peluang tersebut sehingga FGVH berjaya disenaraikan dgn IPO terbesar dlm sejarah. Malah beliau juga memastikan kemenangan besar UMNO di Felda dan meningkatkan kembali kerusi dimenangi UMNO. Dijangkakan  beliau akan menerima sokongan padu UMNO Negeri Sembilan,bahagian2 UMNO di Felda serta penyojong2 akar umbi nya yang setia. Jika sokongan ini menjadi kenyataan, beliau semestinya adalah calon "Dark Horse" untuk perebutan jawatan Naib Presiden UMNO.

6. Ali Rustam


Kekalahan beliau dlm PRU-13 tetap tidak dapat menyekat pengaruh beliau untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Selain UMNO Melaka yg akan memebrikan sokongan padu, beliau harus meningkatkan sokonmgan dari bahagian2 lain. Tetapi nasib mungkin menyebalahi dia kerana tidak memegang jawatan penting dlm kerajaan selain Pengerusi PUNB.Jadi beliau memiliki banyak masa senggang untuk berkempen di peringkat akar umbi. Namun peluang beliau kali ini dilihat tidak secerah dahulu disebakan selain harus menyaingi pesaing tradisional beliau iaitu Tan Sri Isa Samad beliau juga dilihat sebagai generasi lama yang dikatakan sudah menghamipri tarih luput. Namun semuanya masih tidak pasti lagi kerana beliau pasti akan megeluarkan senjata rahsia orang Melaka untuk mmemastikan beliau memenangi pemilihan kali ini setelah dinafikan peluang untuk mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin pada persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO yang menyaksikan Bekas Panglima UMNO Selangor iaitu Tan Sri Muhamad Taib tewas pada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjawat jawatan kedua tertinggi dalam UMNO.

Namun apa yang penting, pemilihan Naib Presiden kali ini mencatat sejarah sebagai pemilihan paling kompetitif dlm sejarah UMNO Moden.
Tahniah UMNO!!!!!

1 comment: